Tuesday, July 1, 2014

Resepi Roti Jala Mat Gebu




Resepi Roti Jala Sedap Mat Gebu



Pengenalan


Resepi Roti jala kari ayam sedap mat gebu adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia. Di samping itu, roti jala juga sangat dikenali di kalangan kaum-kaum lain seperti Orang Cina dan India. Roti jala memang sesuai disediakan untuk hidangan sarapan atau minum petang dengan membuka selera orang ramai. Kadangkala roti jala akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai. Roti jala selalu disajikan bersama kuah sampingan yang terdiri daripada banyak jenis dan rasa.


Resepi Roti jala simple dan sedap mat gebu ini adalah sejenis hidangan berbentuk jala dan  dibuat dengan menggunakan tepung gandum yang kaya dengan karbohidrat, protein, serat dan vitamin. Selalunya, kita makan makanan yang mengandungi gula dan lemak yamg tinggi. Ini boleh memudaratkan  kesihatan kita. Roti jala ini pasti menjadi pilihan yang terbaik kepada orang yang menjaga kesihatan terutama kepada remaja-remaja perempuan yang ingin menurunkan berat badan. Mereka bolehlah memasukkan makanan ini dalam menu makanan mereka untuk menurunkan berat badan. Ini kerana roti jala mengandungi komposisi lemak yang sangat rendah yang menjadi punca kepada obesiti.


Roti jala dimakan bersama beberapa jenis kuah yang berbeza seperti kuah kari ayam atau daging, kuah durian, salad telur, inti kentang dan lain-lain. Kuah yang lebih lazat disajikan dengan roti jala dapat menarik perhatian orang ramai untuk merasai hidangan tersebut. Terdapat dua jenis kuah sangat digemari oleh orang ramai, iaitu kuah manis dan kuah kari. Kuah manis dikenali di negeri-negeri pantai timur manakala kuah kari seperti kari ayam berkentang, gulai ayam atau daging sangat digemari oleh rakyat di negeri-negeri pantai barat. Selain kuah manis dan kari, kuah durian juga dapat menambahkan keenakan roti jala.


Makanan ini dinamakan sebagai roti jala adalah disebabkan bentuknya cantik dan sama seperti jala menangkap ikan. Bekas khas dengan beberapa lubang akan disediakan dan digunakan untuk menghasilkan roti jala. Biasanya, botol tiga muncung digunakan untuk menghasilkan roti jala ini. Kuali leper yang bersifat ;non-stick’ boleh digunakan untuk membuat roti jala di rumah. Caranya mudah sahaja. Kita hanya perlu sapukan sedikit minyak masak atau minyak zaitun pada permukaan kuali tersebut dan panaskan. Minyak masak selalunya disapukan agar roti jala tidak melekat pada kuali dan dapat dihasilkan dalam bentuk yang cantik.


Bahan-bahan untuk membuat roti jala dan pelbagai jenis kuah mudah didapati di mana-mana kedai runcit. Kita juga tidak memerlukan modal yang besar untuk menikmati hidangan yang enak ini. Selain duit, masa juga mempengaruhi apabila kita memilih makanan untuk dimasak di rumah. Ramai orang terutama pelajar dan pekerja yang tinggal di luar rumah,  suka memasak makanan yang boleh disediakan dalam masa yang singkat. Bagi mereka, roti jala ini memang sesuai kerana cara pnyediaan yang mudah dan cepat.

Resepi Roti Jala dan Kari Ayam Sedap


Ramuan:

1 cawan tepung gandum

3/4 cawan air

1/2 cawan susu segar

2-3 titik pewarna makanan kuning

1 biji telur

Minyak masak atau minyak zaitun

Secubit garam


Cara Penyediaannya:

1.      Sedikan semua bahan-bahan di atas.

2.      Campurkan tepung gandum, air dan susu segar dalam satu bekas. Sekiranya, anda tidak suka susu, air boleh digunakan.

3.      Sebiji telur dikacau terlebih dahulu. Kemudian, masukkan telur yang dikacau di dalam bekas tadi.

4.      2 atau 3 titik pewarna makanan kuning ditambah dan dikacau rata sampai warna campuran menjadi kuning. Pilihan pewarna makanan terpulang dengan citarasa masing-masing.

5.      Biarkan campuran tadi beberapa minit, selalunya 10-15 minit.

6.      Panaskan ‘non-stick’ kuali dan sapukan sedikit minyak masak atau minyak zaitun pada permukaan kuali dengan menggunakan paper towel yang bersih.

7.      Adunan atau campuran tadi diisi dalam botol yang bermuncung tiga.

8.      Apabila kuali telah panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.

9.      Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati-hati lipat, gulung perlahan-lahan hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan.

10.  Roti jala sudah disiap dan boleh dimakan bersama kuah kegemaran anda.



Inti Kentang Dan Telur

Bahan-bahan:

3 biji kentang saiz besar

1 biji bawang besar

2 biji bawang merah

1/2 gengam ikan bilis

1 sudu besar cili kisar

300 g isi ayam

2 sudu besar serbuk kari daging/ayam

garam dan gula secukup rasa

Air secukupnya

Daun sup

3 biji telur rebus


Cara membuat Inti:

1.      Ubi kentang dibersih dan dipotong. Kentang yang dipotong dadu direndam dalam air.

2.      3 biji telur direbus dan ketepikan.

3.      Blender ikan bilis dan bawang merah hingga halus dan diketepikan.

4.      Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan ikan bilis dan bawang merah yang te;ah dihaluskan bersama cili kisar. Kacau rata kemudian masukkan serbuk kari yang dilarut dengan sedikit air dan kacau lagi hingga garing.

5.      Kemudian masukkan isi ayam yang telah dicuci bersih dan kacau rata. Akhir sekali masukkan kentang dan air secukupnya.

6.      Kacau selalu  (beberapa minit) dan biarkan air sedikit kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sup yang dihiris dan digaul rata untuk menanbahkan wangi.

7.      Alihkan masakan tersebut dalam sebuah pinggan. Sekarang inti kentang telah disiap dan boleh dimakan bersama telur rebus.



Cara buat Roti jala dengan kari ayam, simple dan mudah


Bahan-bahan :

1/2 kg ayam/daging

1 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

 Halia

3 biji kentang

1 batang serai

1 biji tomato

2 cawan santan

1 sudu besar kerisik

rempah kari daging

sedikit garam

minyak masak



Caranya :

1.      Ayam atau daging dibersih dan dipotong tipis. Kemudian, direbus dan ketepikan.

2.      Bawang merah, bawang putih, halia dan tomato dibersih dan dicuci. Bahan-bahan ini dikisar halus dengan meggunakan blender.

3.      Masukkan sedikit minyak masak dalam kuali dan panaskan. Masukkan serai yang diketuk dan bahan-bahan yang dikisar.

4.      Bila sudah garing, masukkan rempah kari dan sedikit air, masak rempah kari hingga masak. Ada bau wangi kalau rempah tu sudah masak.

5.      Masukkan daging atau ayam, kentang dan santan di dalam kuali. Masaklah sehingga daging atau ayam dan kentang empuk elok.

6.      Kemudian masukkan garam dan kerisik yang secukupnya.  Kuah kari ayam/daging  sedia untuk dimakan bersama roti jala.



Resepi Roti Jala Kuah durian


Bahan-Bahan:

Beberapa ulas durian

Bawang putih

Bawang besar

1 cawan santan

1/2 cawan gula

2 sudu besar tepung jagung

Serbuk kari

Sedikit garam

1 helai daun pandan


Cara Penyediaannya:

1)      Asingkan bijinya dari beberapa ulas durian untuk dapatkan isi durian. Bilangan ulas durian terpulang dengan citarasa masing-masing. Lagi banyak, lagi sedap.

2)      Isi durian, bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk dan dicincang halus.

3)      Tumis bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga warnanya menjadi keperangan.Panaskan kuali leper dan  sapukan sedikit minyak masak pada kuari tersebut.

4)      Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air sejuk dan campurkan ke dalam kuah tersebut dan kacau perlahan. Tepung jagung ditambahkan untuk memekatkan kuah.

5)      Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan santan.

6)      Garam dan gula ditambah mengikut citarasa anda. Akhir sekali, daun pandan dimasukkan. Alihkan di dalam sebuah pinggan. Kuah durian sedia untuk disaji.


Mudah kan? Anda boleh mencuba membuat roti jala dengan kuah kegemaran anda di rumah bila ada masa lapang. Seisi kelurga anda pasti suka roti jala mat gebu ini, tambah lagi dengan kuahnya yang sedap. Anda juga boleh menyajikan masakan ini kepada tetamu anda tanpa membiarkan mereka tunggu lama. Kepada sesiapa yang sudah berasa bosan dengan makanan yang hamper sama setiap hari, bolehlah cuba resepi ini. Resepi Roti jala mat gebu pasti menjadi satu alternatif yang baik kepada semua golongan.