Resepi
Roti Jala Sedap Mat Gebu
Pengenalan
Resepi Roti jala kari ayam sedap mat
gebu adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan
kegemaran Orang Melayu di Malaysia. Di samping itu, roti jala juga sangat
dikenali di kalangan kaum-kaum lain seperti Orang Cina dan India. Roti jala
memang sesuai disediakan untuk hidangan sarapan atau minum petang dengan
membuka selera orang ramai. Kadangkala roti jala akan menjadi pilihan pada
perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau
majlis penting, samada rasmi atau santai. Roti jala selalu disajikan bersama
kuah sampingan yang terdiri daripada banyak jenis dan rasa.
Resepi Roti jala simple dan sedap mat
gebu ini adalah sejenis hidangan berbentuk jala dan dibuat dengan menggunakan tepung gandum yang
kaya dengan karbohidrat, protein, serat dan vitamin. Selalunya, kita makan
makanan yang mengandungi gula dan lemak yamg tinggi. Ini boleh
memudaratkan kesihatan kita. Roti jala
ini pasti menjadi pilihan yang terbaik kepada orang yang menjaga kesihatan terutama
kepada remaja-remaja perempuan yang ingin menurunkan berat badan. Mereka
bolehlah memasukkan makanan ini dalam menu makanan mereka untuk menurunkan
berat badan. Ini kerana roti jala mengandungi komposisi lemak yang sangat
rendah yang menjadi punca kepada obesiti.
Roti jala dimakan
bersama beberapa jenis kuah yang berbeza seperti kuah kari ayam atau daging,
kuah durian, salad telur, inti kentang dan lain-lain. Kuah yang lebih lazat disajikan
dengan roti jala dapat menarik perhatian orang ramai untuk merasai hidangan
tersebut. Terdapat dua jenis kuah sangat digemari oleh orang ramai, iaitu kuah
manis dan kuah kari. Kuah manis dikenali di negeri-negeri pantai timur manakala
kuah kari seperti kari ayam berkentang, gulai ayam atau daging sangat digemari
oleh rakyat di negeri-negeri pantai barat. Selain kuah manis dan kari, kuah
durian juga dapat menambahkan keenakan roti jala.
Makanan ini dinamakan
sebagai roti jala adalah disebabkan bentuknya cantik dan sama seperti jala
menangkap ikan. Bekas khas dengan beberapa lubang akan disediakan dan digunakan
untuk menghasilkan roti jala. Biasanya, botol tiga muncung digunakan untuk
menghasilkan roti jala ini. Kuali leper yang bersifat ;non-stick’ boleh
digunakan untuk membuat roti jala di rumah. Caranya mudah sahaja. Kita hanya
perlu sapukan sedikit minyak masak atau minyak zaitun pada permukaan kuali
tersebut dan panaskan. Minyak masak selalunya disapukan agar roti jala tidak
melekat pada kuali dan dapat dihasilkan dalam bentuk yang cantik.
Bahan-bahan untuk
membuat roti jala dan pelbagai jenis kuah mudah didapati di mana-mana kedai
runcit. Kita juga tidak memerlukan modal yang besar untuk menikmati hidangan
yang enak ini. Selain duit, masa juga mempengaruhi apabila kita memilih makanan
untuk dimasak di rumah. Ramai orang terutama pelajar dan pekerja yang tinggal
di luar rumah, suka memasak makanan yang
boleh disediakan dalam masa yang singkat. Bagi mereka, roti jala ini memang
sesuai kerana cara pnyediaan yang mudah dan cepat.
Resepi
Roti Jala dan Kari Ayam Sedap
Ramuan:
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
Minyak masak atau minyak zaitun
Secubit garam
Cara Penyediaannya:
1. Sedikan
semua bahan-bahan di atas.
2. Campurkan
tepung gandum, air dan susu segar dalam satu bekas. Sekiranya, anda tidak suka
susu, air boleh digunakan.
3. Sebiji
telur dikacau terlebih dahulu. Kemudian, masukkan telur yang dikacau di dalam
bekas tadi.
4. 2
atau 3 titik pewarna makanan kuning ditambah dan dikacau rata sampai warna
campuran menjadi kuning. Pilihan pewarna makanan terpulang dengan citarasa
masing-masing.
5. Biarkan
campuran tadi beberapa minit, selalunya 10-15 minit.
6. Panaskan
‘non-stick’ kuali dan sapukan sedikit minyak masak atau minyak zaitun pada
permukaan kuali dengan menggunakan paper towel yang bersih.
7. Adunan
atau campuran tadi diisi dalam botol yang bermuncung tiga.
8. Apabila
kuali telah panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan secara zig-zag.
Kemudian
buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
9. Masak
dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati-hati lipat,
gulung perlahan-lahan hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan.
10. Roti
jala sudah disiap dan boleh dimakan bersama kuah kegemaran anda.
Inti
Kentang Dan Telur
Bahan-bahan:
3 biji kentang saiz besar
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
1/2 gengam ikan bilis
1 sudu besar cili kisar
300 g isi ayam
2 sudu besar serbuk kari daging/ayam
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Daun sup
3 biji telur rebus
Cara membuat Inti:
1. Ubi
kentang dibersih dan dipotong. Kentang yang dipotong dadu direndam dalam air.
2. 3
biji telur direbus dan ketepikan.
3. Blender
ikan bilis dan bawang merah hingga halus dan diketepikan.
4. Panaskan
minyak masak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan ikan bilis dan
bawang merah yang te;ah dihaluskan bersama cili kisar. Kacau rata kemudian
masukkan serbuk kari yang dilarut dengan sedikit air dan kacau lagi hingga
garing.
5. Kemudian
masukkan isi ayam yang telah dicuci bersih dan kacau rata. Akhir sekali masukkan
kentang dan air secukupnya.
6. Kacau
selalu (beberapa minit) dan biarkan air
sedikit kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali
masukkan daun sup yang dihiris dan digaul rata untuk menanbahkan wangi.
7. Alihkan
masakan tersebut dalam sebuah pinggan. Sekarang inti kentang telah disiap dan
boleh dimakan bersama telur rebus.
Cara buat Roti jala dengan kari ayam, simple dan mudah
Bahan-bahan :
1/2 kg ayam/daging
1 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Halia
3 biji kentang
1 batang serai
1 biji tomato
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
rempah kari daging
sedikit garam
minyak masak
Caranya :
1. Ayam
atau daging dibersih dan dipotong tipis. Kemudian, direbus dan ketepikan.
2. Bawang
merah, bawang putih, halia dan tomato dibersih dan dicuci. Bahan-bahan ini
dikisar halus dengan meggunakan blender.
3. Masukkan
sedikit minyak masak dalam kuali dan panaskan. Masukkan serai yang diketuk dan
bahan-bahan yang dikisar.
4. Bila
sudah garing, masukkan rempah kari dan sedikit air, masak rempah kari hingga
masak. Ada bau wangi kalau rempah tu sudah masak.
5. Masukkan
daging atau ayam, kentang dan santan di dalam kuali. Masaklah sehingga daging
atau ayam dan kentang empuk elok.
6. Kemudian
masukkan garam dan kerisik yang secukupnya.
Kuah kari ayam/daging sedia untuk
dimakan bersama roti jala.
Resepi Roti Jala Kuah durian
Bahan-Bahan:
Beberapa ulas durian
Bawang putih
Bawang besar
1 cawan santan
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
Serbuk kari
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara Penyediaannya:
1) Asingkan
bijinya dari beberapa ulas durian untuk dapatkan isi durian. Bilangan ulas
durian terpulang dengan citarasa masing-masing. Lagi banyak, lagi sedap.
2) Isi
durian, bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk dan dicincang halus.
3) Tumis
bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga warnanya menjadi keperangan.Panaskan
kuali leper dan sapukan sedikit minyak masak
pada kuari tersebut.
4) Bancuhkan
tepung jagung dengan sedikit air sejuk dan campurkan ke dalam kuah tersebut dan
kacau perlahan. Tepung jagung ditambahkan untuk memekatkan kuah.
5) Masukkan
serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan santan.
6) Garam
dan gula ditambah mengikut citarasa anda. Akhir sekali, daun pandan dimasukkan.
Alihkan di dalam sebuah pinggan. Kuah durian sedia untuk disaji.
Mudah kan? Anda boleh mencuba membuat roti jala
dengan kuah kegemaran anda di rumah bila ada masa lapang. Seisi kelurga anda
pasti suka roti jala mat gebu ini, tambah lagi dengan kuahnya yang sedap. Anda
juga boleh menyajikan masakan ini kepada tetamu anda tanpa membiarkan mereka
tunggu lama. Kepada sesiapa yang sudah berasa bosan dengan makanan yang hamper
sama setiap hari, bolehlah cuba resepi ini. Resepi Roti jala mat gebu pasti
menjadi satu alternatif yang baik kepada semua golongan.